Perkara-perkara yang kita akan fikirkan sebagai orang Islam bila tinggal di negara bukan Islam semestinya tentang makan, minum, dan solat.
Minum
Makan.
Makan di sini kena berhati-hati sikit. Sebab kalau pakai hentam memang akan terkantoi. Aku kalau boleh nak berusaha mencari makanan yang halal dulu. Dah betul-betul tiada barulah makan sembelihan Ahli Kitab. Tapi jarang nak kata tiada sebab sayur pun boleh makan. So, jadi vegetarian lah sekejap.
Dalam tafsir Al-Azhar, Prof Hamka mengingatkan supaya manusia tetap mencari makanan dan mengatur makanan serta minumannya daripada sumber halal, bukannya daripada penipuan yang sering berlaku sama ada rasuah, curi atau dipaksa.
Kita sebagai orang Islam mestilah jaga apa yang kita sumbat dalam mulut kita. Pastikan semuanya halal belaka. Allah berfirman:
Lagi satu, sama-samalah renung hadis Rasulullah S.A.W tentang akibat makan makanan haram.
“Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangannya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari. Barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan riba, maka api lebih baik baginya.”
Akhir sekali tentang hubungan kita dengan Allah iaitu solat. Di sini solat macam tiada masalah sangat kalau kat hostel. Cuma masalahnya ambil wudhuk waktu nak basuh kaki. Kena pergi kat shower baru boleh basuh. Haha. Masuk sikit bab istinjaklah. Dekat sini tandasnya tiada paip air dekat jamban sebab diorang kalau buang air kecil atau besar either tak basuh or lap pakai tisu. Jadi, di sini memang kena biasakan diri beristinjak menggunakan tisu. Haha.
Balik kepada solat. Maca yang saya kata tadi, di sini solat tiada masalah sangat kalau di hostel. Cuma kalau pergi shopping mall and tiba-tiba masuk waktu solat or waktu solat dah nak habis, kita terfikir juga nak solat kat mana? Surau tiada. Takkan nak tinggal solat kot. So, terpaksalah kita solat di fitting room. Haha.

Lagi satu, masa first time aku datang sini aku terfikir tentang solat Jumaat. Macam mana nak solat Jumaat? Dekat tempat aku jarang nak nampak masjid. Rupanya kita orang semua solat Jumaat kat satu tempat yang dijadikan praying hall dalam Universiti aku juga.
Kalau anda semua solat Jumaat di masjid yang hebat dan selesa seperti di bawah ini.

Aku di sini solat macam biasa sahaja. Tapi bersyukurlah ada tempat solat dari tiada. Ini lah tempat aku solat Jumaat di sini.


Simple dan boleh dikatakan agak dhaif. Tapi aku bersyukur sebab aku belajar sesuatu yang berharga daripada semua ini.Dekat sini kadang-kadang aku rasa orang Islam macam terasing atau orang asing. Terasa pula seolah-olah berada di zaman Rasululullah S.A.W ketika Islam mula nak berkembang di mana semua kerja dakwah atau ibadah dilakukan secara sembunyi.
Cuba kita sama-sama renung hadis ini. Sabda Rasulullah S.A.W:
"Islam itu dimulai dalam keadaan asing, dan suatu saat akan kembali menjadi asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing” Sahabat lalu bertanya “Ya rasulullah, Siapakah orang asing itu ? Rasulullah menjawab ”Itulah orang yang berbuat baik di waktu manusia berbuat kerosakan”
Hmm. Cukuplah sampai di sini untuk post kali ini. Aku rasa mesti akan ada orang terfikir apa itu sembelihan Ahli Kitab? Insya'Allah aku akan tulis tentang perkara itu pada post yang akan datang.
Assalamualaikum.
dahsyat nya tempat nak solat tu..huhu..bersyukur duk kat Malaysia..tapi,at least u learnt something new kat sana kan.
ReplyDeletekat mana2 kite same je,duk atas bumi Allah jugak,jadi kene tetap tunaikan perintahNya.
semoge urusan dipermudahkan kat sane..
nak jugak tau ape tu smblhn ahli kitab??
Gudluck nway.
Cepat gila. Baru je post and update dah ade org bace and komen. Haha. Thanks.
ReplyDeleteMudah-mudahan dipermudahkan urusan saya dan anda juga. Insya'Allah.
Pasal ahli kitab tu Insya'Allah saya akan post nanti kalau free. :)
sebab mmg kat blog sy letak link anda lah,ehsan..so if awk update,mmg tertera lah en3 yg baru.and sape2 yg link dia sy letak,n ade update baru,mmg sy akn bace la..kalo en3 dia menarik lah..haha..kalo xde ape2,sy pun malas nak bace...
ReplyDeletelagi 1,rase menggelikan je tgk pics yg agak daif tu...huhu..kalo sy,nak pijak pun takut..hahaha
ReplyDeletehaha. datang sini nnti biasa la kot
ReplyDelete1 lagi..rase sedih pulak bila tgk comparison gmbr masjid kat sini yg cantik n tmpat awk solat kat sane..huhuhu..sabar je la ye..lagi 4 tahun kat sane..survive~
ReplyDeleteHuhu. Masjid yg cantik tp tiang lebih ramai dari jemaah tk guna jugak.
ReplyDeletehahaha...betul~time jumaat,nmpak ramai kaum adam x pegi masjid pun..lepak kat busstop la..dating tepi longkang la..hahaha...pe la nak jadi...x sedar diri kot duduk atas bumi Allah.
ReplyDeletesolat dekat basement n fitting room?
ReplyDeletexpe selagi iman di dada kat mana2 shaja boleh solat.. insyaAllah...
semoga diberi kekuatan dan ditambahkan keimanan!
atleast ehsan dah ada pengalaman menjadi seorang ghuraba'
To Xue : Apelah nk jadi dgn umat zaman skang(termasuk diri ini). Kalau tk pergi sekali pon duduklah dalam rumah. Muhasabah ke sebab knapa tk gi. Ini dok tayang muka kt luar. Bangga plak ble bwt salah.
ReplyDeleteTo Fatin : Yup. btol tu. kt sini solat atas rumput cam biasa je kalau ade gathering ramai2. Mat Salleh smua tgk cam pelik. Solat kt train station. Cari ruang kosong sket. Solat je. Haha. Insya'Allah. Moga kita sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT.